Your personal data will be used to process your order, support your experience throughout this website, and for other purposes described in our privacy policy.
TERMS AND CONDITIONS
RESELLER AGREEMENT
Terma-terma dan Syarat-syarat Ejen PS SALES & DISTRIBUTION SDN BHD bagi jenama ORIGINA™
Berikut adalah terma-terma dan syarat-syarat pendaftaran ejen kepada PS SALES & DISTRIBUTION SDN BHD (Company No. 1300205-U) (selepas ini dirujuk sebagai “HQ”) serta kewajipan anda selama tempoh anda sebagai ejen berdaftar.
PENTING: Sila baca kesemua terma-terma dan syarat-syarat di sini. Dengan mengakses, melengkapkan pendaftaran dan menggunakan perkhidmatan di sini, ini merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh HQ. Anda juga bersetuju dengan representasi yang dilakukan oleh anda sendiri. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk terikat dengan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat, sila tamatkan akses anda ke laman web ini atau mana-mana halaman seterusnya dengan serta merta.
Terma-terma dan syarat-syarat di sini merupakan kontrak perjanjian antara ejen dengan HQ. Untuk menjadi ejen, anda perlu setuju dengan kesemua terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh HQ.
- Penggunaan atau akses anda kepada web ini seterusnya dianggap sebagai penerimaaan terma-terma dan syarat-syarat ini.
- Anda dengan ini bersetuju dan akui semua maklumat yang diisi dan disertakan di dalam laman web ini adalah benar.
- Semasa anda mengakses laman web ini, anda pada setiap masa mematuhi sebarang garis panduan, arahan HQ atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini dalam apa cara sekalipun. Tanpa prejudis kepada mana-mana kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman web ini oleh orang lain. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan atau membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sistem pembayaran kami atau sekuriti sistem kami atau medium-medium lain berkaitan yang menyalahi undang-undang.
Untuk menjadi ejen berdaftar anda akui kesemua tetapan telah dipenuhi seperti berikut:-
- Seorang warganegara Malaysia,
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa pendaftaran dibuat.
Mengisi kesemua maklumat dengan tepat dan mengikut garis panduan yang ditetapkan HQ.
- Anda akan mengakses sistem kami dengan menggunakan ID yang dipilih dan anda tidak boleh berkongsi ID atau kata laluan dengan mana-mana pihak ketiga. Adalah tanggungjawab anda sebagai ejen sendiri untuk mengemaskini sebarang maklumat dan pelayar internet anda dengan sekuriti yang terkini.
- Selama anda berdaftar sebagai ejen HQ dan selama anda mempromosikan produk, anda perlu memenuhi ketetapan berikut untuk terus menjadi ejen HQ:
- HQ berhak melucutkan ejen sekiranya ejen tidak mencapai pesanan minimum atau tidak aktif selama dua bulan berturut-turut.
- Anda perlu memastikan sebarang maklumat atau material untuk mempromosikan produk adalah seperti yang disediakan oleh HQ. Mana-mana promosi yang tidak dihasilkan oleh pihak HQ adalah tanggungjawab anda sendiri. Ejen perlu memastikan maklumat yang dikongsi adalah bermoral dan tidak melanggar undang-undang.
- Anda perlu menjual produk mengikut harga yang ditetapkan HQ. Ejen juga tidak dibenarkan mengguna, mencetak, mengeksploitasikan, logo dan sebarang jenama HQ untuk apa jua jenis tujuan dan bentuk pemasaran tanpa kebenaran HQ termasuk menggunakan mana-mana platform online atau offline tanpa kebenaran dari pihak HQ.
- Anda boleh menggunakan mana-mana medium untuk mempromosikan produk termasuk Instagram atau akaun Facebook dan memastikan pihak HQ dimaklumkan akan maklumat akaun tersebut.
- Anda perlu memastikan pembayaran dibuat sepenuhnya untuk pihak HQ membuat penghantaran produk yang dipesan;
- Anda perlu memastikan maklumat tentang penerima termasuk alamat dan nombor telefon adalah tepat dan sebarang kesilapan maklumat bukanlah tanggungjawab HQ dan HQ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan barang tersebut,
- Anda perlu memastikan layanan yang diberikan kepada pelanggan terbaik dan memuaskan.
- Pihak HQ berhak untuk memantau prestasi ejen yang berdaftar.
- Anda perlu memaklumkan dan berbincang dengan “Leader” anda dan mendapatkan persutujuan atau kefahaman mereka terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpindah ke bawah pengurusan HQ atau “Leader” yang lain.
- Setiap pembelian produk tidak boleh dipulangkan kecuali terdapat kerosakan produk yang boleh dibuktikan kerana pembuatan kilang dan pihak ejen perlu memberikan maklumat yang lengkap mengenai kecacatan tersebut dalam tempoh sebulan dari tarikh produk diterima.
- Sebarang pelanggaran syarat boleh membuatkan anda digantung atau dibuang dari sistem tanpa sebarang notis.
- Pihak HQ boleh memberi ganjaran kepada ejen-ejen yang terpilih dalam apa sahaja bentuk yang HQ merasakan bersesuaian dan setimpal.
- Penggunaan laman web ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran ahli, perkongsian maklumat serta perkhidmatan membuat pesanan produk yang dinyatakan di laman web ini.
- Sementara kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketetapan, ketersediaan, kebenaran dalam konteks tentang maklumat dan material yang terkandung di dalam laman web ini, semua maklumat dan bahan termasuk maklumat tentang perkhidmatan, produk, maklumat kewangan, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau lain-lain perkara yang dibekalkan hanya ‘seperti dipaparkan’ dan dibekalkan hanya untuk maklumat dan rujukan anda. Oleh itu HQ tidak menjamin ketepatan, kelengkapan maklumat dan menyatakan penafian liabiliti untuk kesilapan, kecelaan, gangguan atau mana-mana maklumat yang tidak lengkap. Tiada jaminan apa-apa pun, tersirat, tersurat atau statutori termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tajuk, bukan pelanggaran hak-hak pihak ketiga, kebolehniagaan, kepuasan kualiti, kesihatan untuk tujuan tertentu dan kebebasan dari virus komputer, diberi hubung dengan laman web ini, atau sebarang makluman dan bahan yang terkandung dalamnya. HQ tidak membuat perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan, fungsi atau prestasi perisian mana-mana pihak ketiga yang digunakan berkaitan dengan laman web ini.
- Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa HQ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau ‘exemplary’ termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
- Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web atau perkhidmatan ini;
- Maklumat yang diberikan ejen tidak tepat untuk penghantaran pesanan;
- Kelewatan pembayaran atau penghantaran pesanan daripada pihak penghantaran yang dilantik oleh HQ;
- Kos perolehan barangan atau perkhidmatan gantian berikutan sebarang pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
- Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
- Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di dalam web ini; atau
- Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.
- HQ berhak menyediakan pautan ke laman web yang lain. Laman-laman web tersebut adalah dimiliki dan dikendalikan pihak ketiga dan oleh itu, HQ tidak mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas laman tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa HQ tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa HQ tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau penggantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan atau menerusi laman atau sumber tersebut.
- HQ boleh menamatkan akses anda kemana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis dan berkuatkuasa serta merta. HQ juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif yang mana didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa HQ tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
- HQ mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa sama ada dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan web atau dalam mana-mana keadaan di luar kawalan, di mana HQ mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah terma-terma dan syarat-syarat ini, HQ akan berbuat demikian tanpa sebarang notis kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti terma-terma dan syarat ini dari masa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan, atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan terma-terma dan syarat-syarat yang mana diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.
- HQ mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa HQ tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Notis Privasi, syarat-syarat lain sama ada secara khusus atau umum. Sekiranya ada di antara dasar yang berkaitan tidak konsisten atau terdapat percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat ini, anda bersetuju bahawa HQ berkuasa menerimapakai terma-terma dan syarat-syarat sama ada secara khusus atau umum mengikut kehendak HQ.
Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma atau syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah sisi undang-undang terkini atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan terma-terma dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan terma-terma dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasanya sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.